Saturday, October 19, 2013

Resepi Biskut Dahlia Susu


Resepi Biskut Dahlia Susu - Resepi ini Admin dikongsikan oleh seorang Facebooker, kalau anda juga ada resepi biskut raya untuk dikongsikan dalam blog Admin nie, boleh PM Admin melalui Fanpage link ini - https://www.facebook.com/messages/ResepiBiskutRaya, ok jangan segan-segan.

Kita kembali kepada resepi seperti dalam tajuk di atas. Anda boleh rujuk gambar serta maklumat (bahan-bahan dan cara pembuatan) di bawah untuk menghasilkan biskut ini.



Bahan-bahannya adalah:
  • 250gm butter
  • 250gm susu pekat manis
  • 460gm tepung jagung (ayak dahulu)
  • ceri/choc chip utk hiasan

Cara-cara menghasilkannya pula:
  1. pukul butter & susu hingga sebati (pakai whisk je), jangan terlalu lama risau nanti kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.
  3. tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.
  4. bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.

Siap, pendek saja bahan-bahan dan cara-cara hasilkan biskut dahlia susu nih, walaupun nampak ringkas anda perlu lakukannya dengan betul agar biskut anda tu sama seperti gambar di atas. Ok, selamat mencuba.

PS: jangan lupa untu like Facebook Fan Page Resepi Biskut Raya di sidebar sebelah kanan blog ini untuk mendapatkan koleksi resepi biskut raya terkini terus ke FB anda.

Tuesday, August 6, 2013

Resepi Biskut Raya Chocolate Chips


Resepi Biskut Raya Chocolate Chips - Baiklah, untuk kali ini Admin ingin kongsikan resepi baru yang boleh dikatakan 95% penggemar biskut menyukainya, apalagi kalau bukan biskut yang diperbuat daripada cokelat. Di bawah ini gambar biskut yang Admin maksudkan, manakala untuk resepinya pula anda boleh scroll down lihat di bawah gambar ini.



Bahan-bahan:-

  • 2 cawan tepung gandum serbaguna
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan butter, dicairkan
  • 1 cawan gula perang (packed brown sugar)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 cawan walnut (dicincang)


Cara-cara:-

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang pembakar.
  2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
  4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan.


Ok, bila dah siap sepenuhnya bolehlah dihidangkan kepada keluarga anda, jika anda rajin boleh juga buat banyak-banyak untuk diberikan kepada jiran tetangga atau rakan pejabat, mana tahu ada yang suka mereka akan tempah biskut chocolate chips ini dari anda, kan boleh buat duit. Hehe, semoga berjaya.

Friday, July 26, 2013

Resepi Biskut Raya German Cookies


Resepi Biskut Raya German Cookies - Admin dapat resepi ini daripada sebuah Fan Pages di Facebook yang dikirim oleh ahli page tersebut, katanya biskut ni memang sedap bila cair dalam mulut (nyum-nyum!), mungkin disebabkan oleh tepung kentang tu. Ok tanpa membuang masa jom kita skodeng resepi biskut raya ni.



Bahan-bahan:
125 gm butter
40 gm gula icing*
1 sudu teh esen vanilla
125 gm tepung kentang (kat bakery ada juai ni)*
80 gm tepung gandum*

Ayak bahan yg bertanda *

Cara-cara:

Pukul butter dan gula icing hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Seterusnya campur tepung gandum dan tepung kentang. Gaul bagi rata sehingga menjadi doh. Doh rupanya lembik sikit, kemudian simpan sekejap dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam. Pastu buat bulat2 & tekan dgn garfu & hias la ikut suka hati. Kami boh love merah.. hehehehe. Bakar suhu 170C masa 15 minit.. (ikut oven masing-masing). Selamat mencuba.

Nota:1 adunan boleh dapat lebih kurang 70+ keping.. kalau nak lebih gandakan adunan anda.

Demikian perkongsian resepi biskut raya German Cookies! Semoga bermanfaat buat Anda, selamat mencuba!

Sunday, June 23, 2013

Resepi biskut raya


Resepi biskut raya - Selamat datang ke blog resepi biskut raya. Blog ini menyediakan maklumat berkenaan resepi biskut raya serta panduan khas kepada anda.

Mukhaddimah ~ Setiap tahun umat Islam akan menyambut bulan Syawal sebagai hari raya setelah berjaya dalam ibadat pada bulan ramadhan. Kejayaan di hari raya disambut meriah dikalangan umat Islam dengan pelbagai jenis hidangan makanan disediakan setelah 1 bulan berpuasa.

Ya, kalau Admin nak sebut memang banyak dan macam-macam juadah hidangan raya, salah satunya yang turut menjadi pilihan untuk dijadikan 'aksoseri' makanan raya ini adalah biskut raya.

Bila sebut Biskut, dengar macam umum saja bunyinya kan? Lagipun terdapat pelbagai bentuk dan rasa biskut yang boleh kita temui. Jika Admin spesifikkan atau khususkan pula dengan sebutan: Biskut Raya, mesti ada di antara anda yang tertanya, macamana pula rupa biskut raya nih? macam cheaps more ke? ok, di bawah ini Admin kongsikan gambar biskut raya.



Daripada gambar di atas anda sendiri dapat lihat bahawa ada beraneka jenis biskut raya dengan nama-nama masing-masing yang tersendiri, antaranya:

Biskut Tart Nanas Tulip
Biskut Tart nanas Teratai
Biskut Almond bersalut Coklat
Biskut Snow Marble
Biskut Ice Nestum
Biskut Shortvread
Biskut Coklat Rice
Biskut Kacang
Biskut Gajus
Biskut Gula Merah
Biskut Prune


Sebenarnya semua nama-nama tu adalah rekaan samada berdasarkan bentuk, atau bahan yang digunakan untuk membuat biskut itu sendiri, seandainya anda membuat biskut mengikut bentuk kesukaan anda maka anda juga boleh letakkan apa sahaja nama termasuk nama anda sendiri, cumanya jangan sampai tersasar dari rupa biskut yang anda hasilkan tu ya.

Namun sekiranya anda masih baru nak belajar buat biskut raya, Admin sarankan agar anda ikut atau buat biskut seperti yang selalu dengar tu, dan elakkan daripada buat sendiri supaya nanti tidak membazir masa dan tenaga.

Tambahan lagi, untuk buat biskut raya nie anda tidak boleh semata-mata ikut berdasarkan resipi biskut raya yang ditulis dalam buku atau blog melainkan anda melihat sendiri cara pembuatannya langkah demi langkah samada daripada ebook, video atau belajar daripada orang yang berpengalaman kerana makanan ini bukan sekadar rupa yang diambil kira, paling penting sekali rasa sedap.

Bagi memudahkan anda mempelajari selok-belok membuat biskut raya nie agar tidak rapuh dek hujan dan tidak hancur dek panas, Admin sarankan agar anda mendapatkan panduan membuat biskut raya sedap dan disukai ramai. Panduan ini dihasilkan sendiri oleh pembuat biskut raya profesional iaitu Puan Joiriah Nordin melalui pautan di bawah:

Klik sini ~> Keunikan Biskut Raya

Ramai pengguna panduan ini memberi testimoni menyatakan bahawa mereka amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Anda boleh melihat sendiri testimonial mereka melalui link pautan yang Admin berikan di atas.

PS: Admin akan sentiasa kemaskini blog ini dengan koleksi resepi biskut raya terkini khas untuk anda. Sila like Facebook page di sidebar sebalah kanan blog ini untuk mendapat kemaskini terus ke Hompage FB anda.