Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung gandum serbaguna
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 3/4 cawan butter, dicairkan
- 1 cawan gula perang (packed brown sugar)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 biji telur
- 1 biji kuning telur
- 1 cawan semisweet chocolate chips
- 1 cawan walnut (dicincang)
Cara-cara:-
- Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang pembakar.
- Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
- Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
- Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan.
Ok, bila dah siap sepenuhnya bolehlah dihidangkan kepada keluarga anda, jika anda rajin boleh juga buat banyak-banyak untuk diberikan kepada jiran tetangga atau rakan pejabat, mana tahu ada yang suka mereka akan tempah biskut chocolate chips ini dari anda, kan boleh buat duit. Hehe, semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment